Golongan Anti Hadith 2

Kitab-Kitab

Kitab-Kitab

Apa yang saya ketahui dari bapak saya adalah kita manusia biasa ini tidak boleh sama sekali menjatuhkan hukuman pada orang lain. Benarkah begitu?

Yang berhak mencipta hukuman dan menghukum hanya Allah Taala. Manusia tidak boleh samasekali merampas hakNya. Apa yang manusia bisa lakukan adalah melaksanakan hukumNya, dan menyebarkan serta memberi pengertian kepada manusia tentang hukum-hakamNya. Orang yang berpengetahuan tentang hukum-hakamNya hendaklah memberitahu dan memberi peringatan kepada orang yang tidak tahu atau yang lalai. Jika ada orang yang menyembah berhala, kita yg tahu hukum wajib memberitahunya bahawa ini adalah perbuatan syirik dan sesat.

Kita menyatakan bahawa kumpulan ini sesat dan murtad, bukan kerana kita yang mencipta hukum itu. Tetapi berdasarkan hukum yg telah ditetapkan Allah. Kita hanya menyampaikannya saja, agar manusia tahu. Agar manusia menjauhkan diri darinya.

Di Malaysia yg mencipta hukum ialah parlimen (DPR). Bukan polisi. Bukan JPJ (Departemen Transportasi). Bukan dewan bandaran (Kantor Walikota). Juga bukan pak hakim. Apakah boleh, jika kita ditahan oleh JPJ, dan didenda, kita katakan, kamu tidak berhak menghukum, mendenda.. bla.. bla… Yang berhak hanyalah parlimen.

Sebab itulah para Rasul di utus. Tujuannya ialah untuk memberi pedoman cara bertauhid, mengajar hukum. Memberitahu halal haram. Memberi khabar gembira serta memberi peringatan. Rasul membawa apa yang diwahyukan oleh Allah untuk disampaikan kepada manusia.

Apa yang akan terjadi jika Rasulullah s.a.w. ditanya, apakah hukum melakukan begitu dan begini? Dijawabnya: Serahkan kepada Allah.

Apa akan berlaku jika para ulamak ditanya: Apakah hukum berzina? Dijawabnya: Serahkan saja pada Allah. Kita lihat diakhirat nanti apakah zina itu halal atau haram?

Apabila ditanya, apakah hukum memakan babi. dijawabnya: Ya, terserah saja pada Tuhan. Kita tunggu di akhirat nanti, apakah babi itu halal atau haram.

Jika ada wanita Islam yang murtad, katakan sahaja, biarkan Allah saja yang hukum. Kita lihat nanti di akhirat, murtad itu boleh atau tidak?

Apakah yang akan terjadi jika pemerintah dihadapkan dengan seorang pembunuh, dijawabnya: Serahkan sahaja hukumannya kepada Allah Taala. Kita lihat di akhirat nanti, apakah membunuh itu berdosa ataupun tidak.

Dalam sejarah Islam pernah berlaku keadaan begini, di mana terdapat satu golongan yang digelar Murji’ah. Mereka mengembalikan segala hukum kepada Allah. Dengan maksud, lihat sahaja di akhirat nanti siapa yang bersalah.

Kesimpulannya: GAH adalah sesat dan murtad tanpa kompromi lagi! Dan ia wajib dihukumkan begitu. Seseorang itu akan sesat juga jika dia mengatakan bahawa GAH tidak sesat. Dan wajib juga memberitahukan kepada semua orang dan pada semua genarasi yang berikutnya bahawa GAH adalah kumpulan sesat dan murtad.

Sumber:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8481&sid=d97dd20871149a8fbf03c97b0d52e13d

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: