Hukum Khitan

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=712/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

al-Jawab:

1. Hukum Khitanan ke atas lelaki dan perempuan

Kata Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Jumhur hukumnya wajib, Berkata Syafi’iy, sunat pada hari ke 7. Komentar al-Syaukani: Hukum wajib dan waktu spt hari ke 7 itu tidak disokong oleh dalil.


Perbahasan:


Istilah jumhur (majoriti) itu adalah diperselisihkan di antara Imam Ibn Qudamah dan Imam Nawawi, masing-masing mendakwa jumhur.


  1. Kata Imam Nawawi, jumhur (majoriti) menetapkan khitan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan (al-Majmu’ (1/301). Imam Nawawi mendakwa, jumhur itu mewakili madzhab Syafi’iy, Hanabilah dan sebahagian Malikiah. Ini disokong oleh Syaikh Muhammad Mukhtar al-Syinqithi (ahkamul Jiraha wa Tibbiyah (168) , salafi Syam pimpinan al-Albani.
  2. Kata pula Imam Ibn Qudamah, jumhur sebenarnya menetapkan, khitan wajib bagi lelaki dan dianjurkan (mustahab) bagi perempuan (al-Mughni 1/85). Imam Ibn Qudamah pula mendakwa, jumhur itu mewakili sebahagian Hanabilah, sebahagian Malikiah dan Zahiri. Pendapat ini disokong oleh Syaikh Ibn Uthaimiin
  3. Pendapat ketiga: Khitan itu sunnah. Ini pendapat Hanafiah dan Imam Malik. al-Qardhawi menyokong pendapat ini dan berkata al-Qardhawi, khitan bagi lelaki cuma sunnah syi’ariyah atau sunnah yang membawa syi’ar Islam yang kena ditegakkan. Ini juga pendapat al-Syaukani. (Fiqh Thaharah)


2. Umur sesuai untuk khitan?

Ada tiga waktu khitan:

  1. Waktu wajib – Yakni sebelum ia masuk umur baligh (Ibn al-Qayyim, Tuhfah (110).
  2. Waktu yg digalakkan (dianjurkan), yakni ketika usia kanak2 dianjurkan utk solat (7 tahun): waktu itsghar (Tuhfah, 112).
  3. Waktu mubah: waktu selain yg disebutkan di atas.


Khitan pada hari ke 7 tidak sahih hadith2nya (Imam al-Albani, Tamam al-Minnah, 67-69 terbitan Dar arRayah, Riyadh, KSA)

Rumusan: umur khitan adalah umum, sebelum baligh dan tidak dikhususkan secara khusus sebagaimana syari’at Yahudi (hari ke 7)

Dalil: HR Bukhari (no 6299) Ibn Abbas, beliau ditanya (ibn Abbas), berapakah usia beliau ketika Nabi saw wafat? Ibn Abbas berkata, ketika itu aku sudah khitan.”
Maksudnya Ibn Abbbas juga berkhitan sebelum baligh bukan hari ke7.

3) Kesan khitan


Kata al-Qardhawi lagi, antara fiqh almaqosyid (kebaikan) khitan lelaki ialah:
• mencegah kotoran dan tempat pembiakan kuman pada zakar
• terhindarnya zakar dari terkena penyakit kelamin spt siflis
• quluf atau foreskin zakar akan mudah mengalami radang atau melecet
• zakar akan kurang risiko kepada penyakit zakar spt pembengkakan atau kanser
• memaksimakan kepuasan seks ketika jima’ (hubungan seks) (Fiqh Taharah, 172)

Jawapan kepada sdr mohd siss, khitan pada usia 2-3 bulan dibolehkan. Berfatwa Ibn Taymiyah, syari’at Ibrahim melakukan khitan pada usia 7 hari, maka kita boleh mengikuti sunnah Ibrahim, sunat pada usia bayi yg masih kecil. WA

Wassalam..


Syeikh thtl telah pun menerangkan dari sudut fiqh. Saya cuma mampu berkongsi dari sudut perubatan.

Saranan mana-mana doktor perubatan untuk mengkhatankan bayi selepas kelahiran ada asasnya, tidak kiralah ianya dibuat seminggu selepas lahir ataupun 2-3 bulan selepas itu.

Ini kerana khatan pada waktu bayi masih berusia beberapa bulan terbukti tidak menyakitkan bayi tersebut. Ketika bayi masih masih berusia beberapa bulan, innervation @ pensarafan masih lagi belum terbentuk dengan sempurna di sekitar zakar & kulit zakar. Buktinya, bayi tidak dapat mengawal kencing mereka mahupun mampu menegang.

Lantaran itu, prosedur khatan sewaktu awal bayi dilakukan tanpa memerlukan bius kerana ia tidak menyakitkan bayi tersebut. Ini berbeza dengan kanak-kanak yang telah besar. Maka, berkhatan awal terdapat kebaikannya seperti disyorkan doktor perubatan.

Terdapat proposal yang dibuat oleh pakar psikologi bahawa kanak-kanak yang berkhatan awal kurang cenderung untuk untuk terlibat dalam masturbasi dan melihat paparan porno. Dia memberi alasan kanak-kanak yang berkhatan ketika bayi tidak melihat ‘transformasi’ zakarnya, lantas kurang bereksperimentasi @ berfantasi dengannya. Saya akan kongsikan hasil kajiannya jika berkesempatan.

Alasan tak nak berkhatan kerana terlalu kecil hanyalah kerana andaian dan kasihan ibu bapa akan anaknya. Namun, saya berpendapat jika kita kasih atau kasihan kepada anak, lebih baik dikhatankan ketika usianya masih bayi. Dan selaku orang dalam bidang ini, saya juga senang berkata jika saya mempunyai anak lelaki, saya akan khatankan ketika umurnya bayi.

Wallahu A’lam.
_________________
Abul Harith,
fiqhmedic.wordpress.com/

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: